Kamis, 16 Mei 2013

Apakah itu ISO?




Pasti ramai yang masih tertanya-tanya apakah itu ISO sebenarnye kan? Ada yang masih menganggap jika kita mengambil gambar dengan ISO yang tinggi gambar lebih mudah diambil dan tidak menghasilkan sebarang gegaran. Adakah penyataan ini betul atau salah? Jom kita sama-sama bincang.
ISO secara mudahnya ditafsirkan sebagai tahap sensitiviti(kepekaan) terhadap cahaya.
Kalau anda ingat tentang kamera dulu-dulu yang pakai filem, pada kotak filem (atau sesetengah memanggil kodak) ada tertulis perkataan 100/200/400/800. Inilah kepekaan filem tersebut terhadap cahaya.Bagi kamera digital zaman kini, ISO merujuk kepada kepekaan sensor kamera terhadap cahaya.

Semakin rendah nilai tersebut, semakin rendah kepekaan filem/sensor terhadap cahaya dan ‘noise’ yang dihasilkan adalah kurang.
Begitu jugalah sebaliknya untuk nilai ISO yang lebih tinggi. Lebih tinggi nilai ISO, lebih peka filem/sensor tersebut terhadap cahaya tetapi lebih banyak ‘noise’ akan dihasilkan.
Istilah ‘Noise’ atau terjemahan ke dalam bahasa secara terus bermakna BISING. Tapi ini bukan bermakna gambar tersebut mengeluarkan bunyi bising atau menjerit, noise ini merujuk kepada setiap butiran yang kasar pada gambar yang anda ambil.
JADI NAK GUNA ISO BERAPA?
Persoalan pertama yang timbul di minda kita, apakah nilai ISO terbaik untuk setting kamera saya?adakah yang rendah lebih baik atau yang tinggi?
100? 200? 400? 800? 1600? 3200?

Nilai ISO yang paling sesuai utk kamera anda haruslah mengikut kepada suasana sekeliling anda samada anda dalam keadaan gelap (malam), sedikit cahaya (dalam rumah) atau pun cahaya terang(di luar rumah). Dari pengalaman peribadi Fotogu.Com, setting di bawah ini adalah yang terbaik untuk bagi mereka yang masih baru dalam fotografi dan ingin membuat eksperimen tentang ISO.

ISOSuasana
100Outdoor (Cahaya Sangat Terang)
200Outdoor (Cahaya Terang)
400Indoor (Cahaya Kurang)
800Indoor (Cahaya Sangat Kurang)
1600Indoor / Malam (Cahaya Hampir Tiada)

Namun, anda masih bebas menggunakan ISO yang tinggi di mana-mana yang anda suka kerana di Malaysia, ada jurukamera yang sengaja membuat gambar-gambar yang diambil mempunyai noise yang tinggi kerana menjadi teknik tersendiri atau trademark beliau. Dengan ISO yang tinggi jugak, gambar yang diambil dapat menghasilkan kurang gegaran kerana kelajuan shutter menjadi lebih pantas dan sensor kamera mampu menyimpan/merekod imej dengan lebih cepat. Ini kerana sensor tersebut lebih peka terhadap cahaya dan sensor tidak memerlukan masa yang lama untuk merekod imej tersebut.

sumber : http://sukasukizs.blogspot.com/2011/02/apakah-itu-iso.html

0 komentar:

Posting Komentar